Lihat penyelesaian kedap kami yang pelbagai

Produk Kami

Kedap minyak bertujuan untuk menutup jurang di antara komponen yang bergerak dan kekal statik, serta mengelakkan kebocoran cecair yang boleh menyebabkan pencemaran. Biasanya kedap boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis — kedap minyak berpenutup getah, kedap minyak berpenutup logam, dan kedap minyak berpenutup logam dengan bekas dalaman.

Sebagai seorang pakar dalam bidang penyelesaian kedap, Pacific Oil Seals memegang hak pengedaran tunggal bagi banyak jenama besar dalam industri, termasuklah SOG, Hofland, NJK dan Fullo Seals. Kami menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dalam pelbagai saiz industri, dan dalam ukuran imperial dan metrik, untuk memenuhi keperluan dan penggunaan yang berbeza.

Rotary Shaft Oil Seals

Juga dikenali sebagai kedap minyak, kedap ini berfungsi sebagai pengedap dan pengelap bagi gerakan berputar dan berpusing di tekanan tinggi dan juga rendah.

Ketahui Lebih Lanjut

O-Rings

Sejenis gasket mekanikal yang diperbuat daripada gegelang elasomer dengan keratan rentas bulatan. Ianya dipasang secara beralur, dan dimampatkan di antara dua atau lebih elemen sewaktu pemasangan untuk menghasilkan penutup di titik persilangan.

Ketahui Lebih Lanjut

Hydraulic Seals

Sejenis komponen yang sangat penting dalam sistem hidraulik, kedap hidraulik menghalang atau memisahkan cecair sewaktu proses penukaran kuasa cecair kepada gerakan linear dalam silinder hidraulik. Produk kami termasuklah kedap piston (single dan double acting), pengelap, rod, dan vee-packing.

Ketahui Lebih Lanjut

Pneumatic Seals

Digunakan untuk mengedap dan menghasilkan tekanan dalam sistem pneumatik. Biasanya diperbuat daripada getah dan dipasang ke atas alur silinder pneumatik.

Ketahui Lebih Lanjut

Oilfield and Subsea Seals

Digunakan dalam peralatan melibatkan medan minyak di bahagian 'onshore' dan 'offshore', dari 'downstream' ke 'upstream'.

Ketahui Lebih Lanjut

Mechanical Seals

Bahagian yang sangat penting untuk mengelakkan kebocoran pada pam emparan.

Ketahui Lebih Lanjut

Semi-Finished Materials

Bahan polimer separa siap dalam bentuk tiub, bilet dan lembaran.

Ketahui Lebih Lanjut