Kisah Kami
Tentang Kami
Sejak1995
Pengalaman Pacific Oil Seals selama lebih 20 tahun membolehkan kami memperoleh kepakaran yang diperlukan untuk menawarkan pelanggan kami dengan penyelesaian kedap fleksibel, tersuai dan boleh skala yang sangat pelbagai. Sebagai pembekal peneraju dalam bidang penyelesaian kedap yang terkini, kami merupakan pilihan utama apabila melibatkan kedap minyak berprestasi tinggi, cincin "O", dan produk kedap yang berkaitan. Kepakaran in-house kami yang sangat menyeluruh dalam rekaan kedap, pembuatan, aplikasi kejuruteraan serta keupayaan membuat ujian dan pembaikan juga menjadi faktor.
Kedap Minyak, Kualiti Sentiasa Terjamin
Pacific Oil Seals menawarkan pelbagai jenis kedap standard, termasuklah kedap aci berputar, cincin “O”, kedap hidraulik, kedap pneumatik, kedap medan minyak dan bawah laut, kedap mekanikal dan bahan separa siap.
Kami memiliki hak pengedaran untuk pengilang yang dipercayai seperti Hallite, Kastas, SKF, CDI Energy Products, Gapi, Seal Maker, SOG dan lain-lain.
Kesemua penyelesaian kedap kami diimport terus dari pengilang global ternama yang mendapat pensijilan ISO di mana produk mereka mematuhi standard spesifikasi yang ditetapkan. Standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini menunjukkan bahawa produk-produk memenuhi standard yang ditetapkan dari segi statutori, undang-undang dan pandangan pelanggan. Sesungguhnya penyelesaian kedap kami sangat diyakini dan mempunyai standard kualiti yang tinggi.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, sila kunjungi Produk Kami
Pengalaman Pacific Oil Seals
Pacific Oil Seals sangat berkomited untuk memastikan perkhidmatan yang luar biasa dan membawa nilai kepada anda. Ianya adalah sebahagian daripada matlamat kami untuk memastikan kefahaman yang mendalam dan hoslitik terhadap keperluan industri anda. Pasukan kami yang terdiri dari ahli profesional yang sangat berdedikasi akan membantu anda untuk mengenal pasti saiz, jenis, dan profil kedap yang diperlukan untuk kegunaan anda.
Kami menawarkan perkhidmatan yang pelbagai untuk menyelesaikan cabaran industri yang anda hadapi, termasuklah penambahbaikan prestasi kedap, sokongan teknikal dan analisis. Penyelesaian sistem lengkap yang kami tawarkan boleh disuai mengikut bajet dan tempoh masa yang anda tetapkan. Di Pacific Oil Seals, kami sangat menekankan kepentingan untuk memastikan amalan lestari, kecekapan kos dan juga kepantasan ketika berurusan dengan pelanggan.
Pencapaian Kami
Pacific Oil Seals Merentasi Dekad
1995
Pacific Oil Seals ditubuhkan pada 1995
1998
Dilantik sebagai pengedar eksklusif Hallite Seals International bagi produk kedap hidraulik
1999
Dilantik sebagai pengedar sah Gapi bagi kedap, cincin "O" dan kedap pneumatik Gapi SpA.
2000
Cawangan affliate kami, JB Seals Sdn Bhd, ditubuhkan di Johor Bahru, Johor
2008
Cawangan kedua kami, Pacific SK Oil Seals Sdn Bhd, ditubuhkan di Seri Kembangan, KL
2011
Pacific Klang Oil Seals Sdn Bhd dan Pacific Kuantan Oil Seals Sdn Bhd dibuka di Klang dan Kuantan.
2012
Pacific Sealing Solutions Sdn Bhd ditubuhkan untuk merapatkan jurang dalam pasaran kedap tersuai
2015
Pacific Sealing Solution Sdn Bhd berpindah ke premis baharu di KL
2018
Diberi kuasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian kedap bagi industri minyak dan gas, loji rawatan air dan kuasa elektrik, landasan, lapangan terbang dan lain-lain. Buat masa ini, kami adalah satu-satunya syarikat kedap minyak yang mempunyai perjanjian yang sedemikian dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
2019
Dilantik sebagai pengedar eksklusif CDI Energy Products bagi produk kedap untuk tujuan di medan minyak (oilfield)
2022
Cawangan kelima kami, Pacific Prai Oil Seals Sdn Bhd, bakal bertapak di Perai, Penang untuk memenuhi keperluan produk kami di Wilayah Utara
Cawangan-cawangan Kami
Jejak Lokasi Cawangan
2022
Cawangan kelima kami, Pacific Prai Oil Seals Sdn Bhd, bakal bertapak di Perai, Penang untuk memenuhi keperluan produk kami di Wilayah Utara
2015
Pacific Sealing Solution Sdn Bhd berpindah ke premis baharu di KL
2012
Cawangan keempat kami, Pacific Sealing Solutions Sdn Bhd, ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pasaran kedap tersuai di Balakong, KL
2011
Cawangan ketiga kami, Pacific Klang Oil Seals Sdn Bhd, ditubuhkan di Klang, Selangor.
2008
Cawangan kedua kami, Pacific SK Oil Seals Sdn Bhd, ditubuhkan di Seri Kembangan, KL
2000
Cawangan affliate kami, JB Seals Sdn Bhd, ditubuhkan di Johor Bahru, Johor