Terokai jenama-jenama dalam portfolio kami
Jenama-jenama Kami
Penyelesaian kedap tersuai, demi keperluan anda yang merupakan pelanggan kami
Kami merupakan pengedar eksklusif untuk pelbagai jenama antarabangsa yang diyakini dan bereputasi tinggi. Portfolio kami yang pelbagai adalah bukti usaha kami dalam menyediakan rekaan, perkhidmatan dan kualiti yang terbaik untuk kesemua pelanggan kami dan ini sememangnya selari dengan misi syarikat.
-
-
Hallite Seals telah menjadi pembekal peneraju dan perintis teknologi kedap inovatif serta penyelesaian kedap tereka bentuk untuk silinder hidraulik, sistem hidraulik dan industri kuasa cecair selama lebih dari 110 tahun. Dengan lebih 105,000 produk yang tersedia dalam saiz standard dan juga metrik, Hallite Seals mempunyai katalog penyelesaian kedap yang memang sudah tersedia dan juga penyelesaian kedap yang boleh disuaikan mengikut keperluan aplikasi yang spesifik.
Baca Lanjut -
-
Kastas Sealing Technologies merupakan syarikat pembuatan peneraju bagi penyelesaian kedap hidraulik, pneumatik dan yang tersuai. Kedap piston, rod, wiper, guide rings, kedap statik, kedap bermesin dan cincin "O" yang pelbagai direka dan dibangunkan demi memenuhi permintaan global untuk aplikasi dan peralatan berkualiti tinggi.
Baca Lanjut -
-
Seal Maker merupakan pengilang produk separa siap daripada plastik dan elastomer serta kedap dan pelarik CNC yang digunakan di semua sektor industri. Kehebatan Seal Maker bukan sahaja terletak pada kualiti produk mereka hasilkan tetapi juga perkhidmatan, kefleksibilan dalam memenuhi tempahan tersuai, tempoh pemprosesan yang pantas serta perkhidmatan mereka yang sememangnya boleh dipercayai dalam setiap transaksi. Buat masa ini, Seal Maker sememangnya mematuhi kriteria yang diperlukan untuk jaminan kualiti mengikut Standard ISO9001:2015.
Baca Lanjut -
-
SOG Thai mengilang dan membekalkan lebih daripada 50,000 produk kedap minyak, dan bekerja bersama dengan rakan kongsi mereka untuk memastikan mereka dapat menyediakan lebih 1,000 kedap minyak OEM kepada semua pelanggan. Produk-produk mereka termasuk kedap aci, kedap wiper, kedap terikat, kedap V, cincin "O", boot dan alat getah. Produk-produk mereka dieksport ke seluruh dunia dan mempunyai penghantaran terus ke 80 negara. Kilang mereka telah menerima pensijilan antarabangsa ISO:9001.
Baca Lanjut -
-
Gapi Group bukan sahaja menghasilkan gasket terkedap dan cincin "O" getah jenis tradisional, tetapi juga jenis produk yang sangat meluas termasuklah kedap aci berputar, kedap pneumatik dan hidraulik, serta kedap untuk sistem pembrekan automatif dan motorsikal. Kepakaran Gapi juga terletak pada pembentukan suntikan getah, sejenis proses yang menghasilkan komponen dengan lebih pantas berbanding pembentukan cara pemindahan atau pemampatan. Mereka juga mempunyai bahagian teknopolimer yang menawarkan penyelesaian kedap untuk industri elektronik dan automotif.
Baca Lanjut -
-
Kepakaran SKF tertumpu kepada pembangunan, rekaan dan penghasilan bearing, kedap dan sistem pelinciran. Mereka juga menawarkan pemeriksaan mesin, serta perkhidmatan pembuatan dan kejuruteraan. Di SKF, kajian dan pembangunan teknologi sememangnya berlandaskan nilai kebolehpercayaan, kebolehramalan serta kelestarian dan melalui inovasi, mereka berupaya menawarkan teknologi yang memberikan pelanggan-pelanggan kami daya saing yang tinggi.
Baca Lanjut -
-
Dengan pengalaman lebih 40 tahun, CDI merupakan peneraju industri dalam mereka, mengilang, dan memproses produk dan komponen polimer yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi untuk sektor minyak dan gas, LNG, pengurusan cecair, aeroangkasa, penjanaan kuasa, tapisan dan petrokimia, industri pemprosesan industri dan sebagainya. CDI sesungguhnya sangat berpengalaman tinggi dalam industri melibatkan bahan-bahan yang termaju—dari elastomer ke fluoropolimer dan termoplastik termaju.
Baca Lanjut -
-
Sebagai peneraju dalam pasaran produk PTFE Eropah, syarikat-syarikat di bawah Fluorseals merupakan rakan teknikal anda untuk fluoropolimer, produk separa siap, dan komponen terbikin. Fluorseals boleh menawarkan pelbagai produk tersuai yang sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan industri, bergantung pada keperluan spesifik pelanggan. Fluorseals Asia pula merupakan sebuah unit syarikat yang fokus terhadap pembuatan dan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada pelanggan, serta membantu mengedarkan seluruh produk mereka di bahagian Asia.
Baca Lanjut