Sektor kepakaran kami

Sektor pasaran

Penyedia kedap minyak anda yang dipercayai

Berbekalkan kepakaran merentasi sektor serta ilmu industri yang diperoleh setelah sekian lama dalam industri, Pacific Oil Seals menawarkan penyelesaian kedap yang diyakini kepada pelbagai jenis pasaran industri yang ada di luar sana. Kami mempunyai rangkaian pelanggan yang sangat luas dalam industri minyak dan gas, petrokimia, farmaseutikal dan lain-lain. Baca lebih lanjut untuk ketahui bagaimana komitmen kami untuk memastikan penyelesaian kedap berkualiti telah membantu banyak syarikat seperti anda.

Pengeluar Produk Original (OEM) & Penyelenggaraan, Pembaikan dan Operasi (MRO)

Jenis pelanggan

Minyak & Gas

Pacific Oil Seals merupakan pembekal kedap yang dipercayai untuk penggiat besar industri minyak, OEM multinasional serta penggiat industri yang kecil dalam sektor perkhidmatan minyak dan gas. Penyelesaian kedap kami akan membantu anda beroperasi pada tahap kecekapan yang tinggi walau dalam persekitaran yang dahsyat sekalipun, dalam pelbagai aspek termasuklah sistem tambatan laut dalam, sistem penapisan dan pengesanan partikel yang canggih, akumulator, silinder dan komponen tahan karat yang diiktiraf.

Petrokimia & Loji Tapis

Kami menawarkan penyelesaian kedap yang terjamin dan berdaya tahan tinggi untuk seluruh rantaian bekalan petrokimia OEM, termasuklah aktiviti midstream (pengangkutan dan penyimpanan) dan downstream (bahagian loji tapis). Kefahaman kami yang sangat mendalam terhadap cabaran operasi yang dihadapi oleh industri petrokimia dan loji tapis membolehkan kami untuk membangunkan penyelesaian yang bukan sahaja inovatif tetapi juga mematuhi standard kualiti dan keselamatan industri yang ketat.

Farmaseutikal

Loji pemprosesan farmaseutikal banyak bergantung pada kedap pam tereka bentuk, kedap agitator, galas hidrodinamik dan produk lain dari Pacific Oil Seals demi memastikan syarikat kekal beroperasi sepanjang masa (constant uptime). Produk kami termasuk bahan pengedap dan gasket yang diiktiraf dan terbukti sesuai untuk digunakan dalam pemprosesan farmaseutikal (FDA, EU, ISO).

Makanan & Minuman

Pencapaian Pacific Oil Seals sebagai peneraju pembekal kedap dalam industri makanan dan minuman adalah sesuatu yang sangat kami banggakan. Kami menawarkan katalog penyelesaian kedap yang menyeluruh demi memastikan kebergantungan jangka masa panjang dan meningkatkan tahap kecekapan mesin pemprosesan makanan anda.

Kimia

Dengan kepakaran yang meluas dalam industri pemprosesan kimia, Pacific Oil Seals menawarkan penyelesaian khusus yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap asid yang kuat, bahan kimia yang dinyahair dan cecair polimer bertekanan tinggi dan berkelajuan tinggi. Penyelesaian kedap kami sememangnya dibangunkan untuk memenuhi keperluan aplikasi yang pelbagai serta mematuhi peraturan yang berkaitan.

Industri Umum

Pacific Oil Seals menawarkan rekaan dan pembinaan sistem lengkap, serta sokongan untuk memenuhi keperluan industri umum anda. Hubungi kami hari ini untuk ketahui bagaimana kami menyelesaikan isu kedap tambahan yang dialami oleh pelanggan kami.

AGRIKULTUR

AUTOMOTIF

PENERBANGAN

KIMIA

PEMBINAAN

TENAGA & AIR

KEJURUTERAAN

MAKANAN & MINUMAN

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

INDUSTRI

INFRASTRUKTUR

PEMBANGUNAN MESIN

MARITIM

MINYAK & GAS

PETROKIMIA

FARMASEUTIKAL

INDUSTRI ASAS

PULPA & KERTAS

SEMICON

PENYIMPANAN TANGKI

PENGANGKUTAN

KEMUDAHAN AWAM

INDUSTRI PENGURUSAN SISA

AIR & AIR KUMBAHAN