Membuat pilihan kedap yang tepat

Spesifikasi Bahan

Bahan Ciri-ciri Keserasian Aplikasi Julat Suhu
Polyurethane (PU)
PU merupakan sumber polimer yang paling popular untk digunakan dalam sistem kedap hidraulik. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh ciri-cirinya yang elastik dan kekuatan tegangannya yang tinggi.
Sesuai dengan minyak mineral, udara mampat dan air
Hidraulik dan elemen kedap yang lain
-30 sehingga 105°C
Low Temperature Polyurethane (LTPU)
LTPU ialah sejenis PU tahan hidrolisis yang digunakan di persekitaran bersuhu rendah dan penggunaan yang melibatkan air panas.
Sesuai dengan air laut, minyak mineral, oksigen (sejuk), cecair HFA, dan cecair HFB
Hidraulik dan elemen kedap yang lain
-50 sehingga 105°C
Nitrile Rubber (NBR)
NBR ialah elastomer yang paling sering digunakan dalam sistem kedap pneumatik dan hidraulik. Cirinya yang tahan haus juga membuatkannya sesuai untuk digunakan dalam sistem kedap statik dan aci berputar.
Sesuai dengan minyak mineral, udara mampat dan air
Kedap aci berputar, medan minyak, pneumatik, hidraulik dan cincin "O"
-25 sehingga 100°C
Hydrogenated Acrylnitrile Butadiene Rubber (HNBR)
HNBR biasanya digunakan apabila wujudnya gas masam (H2S) dan minyak mentah
Sesuai dengan cecair petroleum, gas masam dan minyak mineral
Kedap medan minyak (oilfield) dan cincin "O"
-30 sehingga 150°C
Silicon (VMQ)
VMQ mempunyai daya serapan yang tinggi dengan kapasiti suhu yang sangat luas dan boleh beroperasi dalam pelbagai suhu. Ia membantu mengurangkan geseran dan kehausan untuk aplikasi tertentu.
Berdaya tahan terhadap beberapa jenis bahan kimia dan minyak petroleum, tidak digalakkan untuk aplikasi dinamik
Flange, kedap statik, dan cincin "O"
-55 sehingga 210°C
Ethylene Propylene Rubber (EPDM)
EPDM sesuai digunakan untuk cecair brek, bes, asid dan alkohol. Biasanya ianya digunakan untuk aplikasi stim air panas, serta cecair tahan api apabila wujudnya minyak sintetik.
Sesuai dengan cecair brek dalam sistem brek
Kedap aci berputar, medan minyak, pneumatik, hidraulik dan cincin "O"
-50 sehingga 130°C
Viton (FKM)
FKM ialah sejenis getah sintetik yang mempunyai keupayaan untuk tahan dengan suhu yang tinggi dan jumlah bahan kimia yang banyak. FKM juga sesuai untuk kegunaan hard vacuum.
Sesuai dengan cecair transmisi, gasolin, dan minyak petroleum
Kedap aci berputar, medan minyak, pneumatik, hidraulik dan cincin "O"
-20 sehingga 210°C
Perfluoroelastomeric (FFKM)
FFKM ialah sejenis bahan FKM yang telah dinaik taraf supaya berdaya tahan tinggi terhadap suhu yang ekstrim dan bahan kimia yang lebih keras (harsh)
Sesuai dengan kebanyakan bahan kimia; sesuai untuk digunakan dalam persekitaran yang teruk/dahsyat
Cincin "O"
-10 sehingga 325°C
Polyacetal (POM)
POM ialah sejenis termoplastik dengan tahap geseran yang rendah dan kestabilan dimensi yang sangat baik
Mempunyai daya tahan yang rendah terhadap asid yang kuat, bes dan agen pengoksidan
Back-up rings, bushings, dan wear rings
-60 sehingga 100°C
Polyamides (PA)/Nylon
PA, atau lebih dikenali sebagai nilon, merupakan sejenis polimer yang digunakan dalam pelbagai aplikasi kejuruteraan.
Lebih berdaya tahan tinggi terhadap hidrolisis alkali berbanding poliester tapi tidak begitu berdaya tahan terhadap hidrolisis asid
Back-up rings, bushings, dan wear rings
-30 sehingga 105°C
Polytetrafluoroethylene (PTFE)/ Teflon
PTFE (Teflon) ialah sejenis fluoropolimer yang sering digunakan dalam industri kejuruteraan dan makanan. Mempunyai tahap geseran rendah, serta ciri thermal dan kimia yang baik.
Sesuai dengan kebanyakan bahan kimia; sesuai untuk digunakan dalam industri makanan
Kedap komposit dengan prabeban elastomer, kedap yang dikuasakan oleh spring, sesendal dan wear rings
-200 sehingga 260°C
Polyetheretherketone (PEEK)
PEEK ialah sejenis termoplastik berprestasi tinggi yang mempunyai ciri-ciri kimia dan fizikal yang hebat untuk digunakan dalam pelbagai jenis situasi melibatkan suhu tinggi.
Sesuai dengan kebanyakan bahan kimia
Back-up rings, bushings, dan wear rings
-50 sehingga 250°C